Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada
rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi.
Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang. Pengenalan
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad
s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya
Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat
dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak
kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam. Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang. Nabi Muhammad s.a.w. Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan emaknya Aminah binti Wahb meninggal dunia semasa beliau berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing. Selain itu baginda seorang yang sangat amanah semasa bekerja bersama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu. Baginda pernah diangkat menjadi hakim. Baginda tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah. Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam. Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam. Perkembangan Islam Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Khulafa al-Rasyidin Untuk rencana utama:

•
632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai
ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan
Musailamah al-Kazzab.
•
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
•
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar.
Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan
seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
•
635M- Penawanan Madain, ibukota
Empayar Parsi Sassanid.
•
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia,
dan Palestin.
•
637M- Mesir ditawan.
•
638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh
tentera Islam.
•
640M- Kerajaan Islam Madinah mula
membuat duit syiling Islam.
•
644M- Saidina Umar mati syahid
akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
•
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus
ditakluk.
•
646M- Kempen menentang Byzantine.
•
647M- Angkatan Tentera Laut Islam
ditubuhkan & diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang
angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
•
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan
Saidina Uthman.
•
656M- Saidina Uthman wafat akibat
dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang
Jamal.
•
657M- Saidina Ali memindahkan pusat
pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
•
659M- Saidina Ali menawan kembali
Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
•
661M- Saidina Ali wafat dibunuh.
Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Rasulullah
S.a.w) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina
Ali.
•
661M- Setelah sekitar 6 bulan
Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan
Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap
untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah,
Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang
kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian
Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan
kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun
itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah)
dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam
yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu
pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah
Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan
Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll. Kerajaan
Bani Ummaiyyah Untuk rencana utama: silsilah Kerajaan Bani Ummaiyyah
•
661M- Muawiyah menjadi khalifah dan
mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
•
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan
Kabul.
•
677M- Penawanan Samarkand dan
Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
•
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki
takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
•
685M- Khalifah Abdul Malik
menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
•
700M- Kempen menentang kaum Barbar
di Afrika Utara.
•
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan
Transoxiana.
•
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol,
Sind, dan Transoxiana.
•
713M- Penaklukan Multan.
•
716M- Serangan ke atas
Constantinople.
•
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi
khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
•
725M- Tentera Islam menawan Nimes di
Perancis.
•
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di
Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
•
750M- Damsyik ditawan oleh tentera
Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan Bani Abbasiyyah Untuk
rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah
•
752M- Bermulanya Kerajaan Bani
Abbasiyyah.
•
755M- Pemberontakan Abdullah bin
Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
•
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan
Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol.
•
763M- Penubuhan kota Baghdad.
Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
•
786M- Harun al-Rashid menjadi
Khalifah.
•
792M- Serangan ke atas selatan
Perancis.
•
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra
dicipta oleh Al-Khawarizmi.
•
805M- Kempen menentang Byzantine.
Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
•
809M- Kewafatan Harun al-Rashid.
Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
•
814M- Perang saudara di antara
Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
•
1000M- Masjid Besar Cordoba siap
dibina.
•
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
•
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera
Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun
1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
•
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo
(di Sepanyol).
•
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily,
pemerintahan Muslim di sana tamat.
•
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
•
1099M- Tentera Salib tawan
Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
•
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa
daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
•
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan
Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
•
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi,
India.
•
1236M- Tentera Kristian tawan
Cordoba (di Sepanyol).
•
1258M- Tentera Mongol menyerang dan
memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya
pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
•
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan
Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas
Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan
tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut. Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah
•
1243M- Bangsa Turki yang hidup
secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
•
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan
kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
•
1301M- Osman I mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
•
1345M- Turki Seljuk menyeberangi
Selat Bosporus.
•
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan
tentera Serb di Kosovo.
•
1402M- Timurlane, Raja Tartar
(Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
•
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih
menjadi pemerintah.
•
1453M- Constantinople ditawan oleh
tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
•
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni
dilantik menjadi sultan.
•
1526M- Perang Mohacs
•
1529M- Serangan dan kepungan ke atas
Vienna.
•
1571M- Perang Lepanto berlaku.
•
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad
IV
•
1683M- Serangan dan kepungan ke atas
Vienna buat kali kedua.
•
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal
dunia.
•
1703M- Pembaharuan kebudayaan di
bawah Sultan Ahmed III.
•
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
•
1792M- Perjanjian Jassy.
•
1793M- Sultan Selim III mengumumkan
"Pentadbiran Baru".
•
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
•
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa
Serbia pertama.
•
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa
Serbia kedua.
•
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
•
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit
Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
•
1829M- Perjanjian Adrianople.
•
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan
Greece.
•
1841M- Konvensyen Selat.
•
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
•
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
•
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
•
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan
Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
•
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan
atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah
dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
•
1912M- Perang Balkan pertama.
•
1913M- Perang Balkan kedua.
•
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang
Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
•
1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di
Samsun. •
•
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan.
Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
•
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya
pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
0 comments: